Sunday, December 4, 2011

B I R T H D A Y


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua! lama dah tak menulis, biasalah.. tak rajin la:D
Beberapa harini, bukan, still sampai sekarang masih busy, masih tension. haih, takpe lah.
nama pun belajar kan.
okayh! november tinggal lagi beberapa jam, then datang lah december :D
and, sebenarnya december adalah antara bulan yang hakim memang tunggu dah lama. dari dulu lagi, 7-6 months yang lepas lah :)
so,why?kenapa? yeahh,sebagaimana yang korang tau,memang ada kena mngena dengan tu tajuk tu. B I R T H D A Y :)
birthday sapa?
well sebelum cakap sapa, biarlah kita cerita-cerita sikit :)
dari skrng, i will be using 'saya' 'awak' lepas ni dalam post, sebab benda ni actually meant for you sahaja, only you :)
pada orang lain nak baca tak apa :)
okay, awak dilahirkan pada 5december1992 :)
hehehe, budak kecik :p muda 8-9 bulan dari saya.. time ni, saya mungkin dah lihat dunia dan minum susu botol ke, kan?hahah.ntah lah.. awak dilahirkan di pahang, mentakab :)
which is beberapa jam dari rumah saya
jadi, 17tahun berlalu..kita bersekolah seperti kanak2 lain, ke sekolah menengah.dari kanak2 ke remaja..dan mula mengenal erti kehidupan :)
17tahun, tamatlah sesi sekolah menengah dan kita sama2 memasuki sebuah institut pembelajaran, iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, kuala pilah..
tak pernah ku duga ku akan mengenali dirimu..tak pernah ku bayang atau terfikir akan ku kenal perempuan seperti dirimu :)
saat disana, kita bersama 2000+ pelajar2 lain mengikuti program orientasi yang ternyata memenatkan dan maybe kadang terfikir, buang masalah!hehe..
tamat sahaja orientasi, kita dibahagikan mengikut kumpulan2, iaitu kepada 6kuliah..
kita sama kuliah, iaitu kuliah fizikal6..
saya praktikum1, awak praktikum2..
the first subject sem1 yang kita belajar time dekat matrik dulu adalah math yang diajar oleh cikgu muna..pada masa tu, saya duduk belah depan kanan, dan awak duduk kiri belah tengah2..
pertama kali saya nampak awak adalah time tu.
perkara yang terlintas dalam hati saya adalah,
"kenapa lah dia ni muka macam nak marah je??huhu"
itulah ayat pertama yang terlintas dalam hati saya masa pertama kali saya nampak awak.
so, hari kepada minggu, minggu kepada bulan..saya semakin rapat dengan budak kelas, tapi masih tidak mengenali awak.hanya dapat mengingati muka awak dan air muka awak, kerut :p
lama-kelamaan, saya mula ingin tahu awak praktikum mana..ingat lagi attendance yang pas-pas untuk sign??
kawan2 lain cari nama sharifah sebab dia kan macam orang arab sikit rupa dia, tapi saya cari nama awak :)
saya tak tau siapa nama awak, jadi setiap kali saya nampak awak sign attendance, saya nak tengok page mana dan nama awak nombor berapa..
agak lama saya berusaha untuk tau nama awak, tapi usaha tanda kejayaan..
satu hari tu,awak duduk depan saya dan jelas sangat nama awak :)
nama yang tak pernah saya nampak atau dengar, nama depan awak.saya suka :)
jadi semenjak dari itu, nama awak dah ada dalam fikiran saya, dan kalau ada peluang pandang awak saya tak pernah lepaskan. lebih-lebih lagi apabila awak buat muka :p
tapi masih,time tu awak tak kenal saya lagi. awak suka pakai baju warna maroon dengan tudung pink, berjam tangan warna hitam..saya tak pasti awak suka atau tak, tapi selalu saya nampak awak pakai baju kurung tu.dan setiap kali saya terfikir, mesti ingat maroon :)
masa berjalan pantas, kita ke sem2.. dan pada masa ini, kita kena ambil koko..kebetulan kelas kita dapat cikgu sama dan time sama..f6p1, dan f6p2 bergabung..
dan masa ini, masih awak tak mengenali saya :)
nama awak makin selalu dikenang.. dan hati sudah ingin mula mengenali awak.
langkah pertama dimulakan, add facebook :)
perlahan-perlahan saya mulakan langkah untuk mengenali siapakah sebenarnya perempuan yang telah mencuri tumpuan saya didalam kelas selama 7bulan yang lepas di matrik..
awak approve saya, saya perlahan menegur dengan 'hai' di chatbox..
masa tu, awak pakai laptop awak dan online dekat bilik..saya masa tu dekat cc kopsa..
alhamdulillah, teguran saya dilayan..hati gembira :)
tapi masih, masa ini awak belum mengenali diri saya lagi.
walaupun awak tak kenal saya, tapi kadang2 saya segan dengan awak lagi2 bila cikgu yang paling tegas, iaitu cikgu azzlaini(rindu cikgu!!!!!!!!!) usik saya dengan suruh saya jawab soalan chemistry, cikgu panggil saya "ASYRAF SINCLAIR!!!" takpun "IMAM MUDA!!!!" dan "YAAA TUAN HAKIM!!!"
sungguh sangat senang untuk muka saya blusshing, lagi2 tlinga saya..hahaha.
dan saat paling malu adalah semasa revision kelas chemistry sebelum final, yang cikgu azlaini tanya
"which one is more basic? aromatic amine or aliphatic amine??"
ramai tak dapat jawab, tapi ntah cmne cikgu buka jawapan tu pada saya, dan time tu saya tercakap bahasa inggeris yang membuatkan hampir satu kuliah pandang saya konon sy terer english...saya rasa malu sangat lagi2 bila cikgu usik..terus time tu sy terfikir
"adakah dia akan fikir saya ni bajet nak speaking??" huhuhuu...
tanpa saya sedar, saya terlalu fikirkan apa yang awak akan fikir tentang saya..perasan :)
masa berlalu, koko yang menghampiri ke perjumpaan terakhir, awak dan ketua kelas awak ada dalam stor sukan nak pulang barang dan bola basketball..
kebetulan saya masuk, saya cakap dekat ketu awak
"jangan kunci pintu!!aku ada dekat dalam lagi!!!"
awak terdengar dan apa yang awak buat adalah,awak usik saya dengan tutup pintu stor tu cpt2 agar saya tertinggal dekat dalam stor sorang2.hahaha :D saya kata "HEYYY!!!!!"
awak cepat2 buka pintu dan ketawakan saya
pada saat itu, dalam hati saya terdetik...."saya nak kenal dia betul2"
perlahan2 lagi saya membuka langkah dengan menegur awak dekat fb...alhamdulillah awak layan :)
saya gembira...dan kali pertama kita bersua dan berborak ataupun saling mengusik adalah semasa pesta buat nota tu, yang semasa kita sama2 kena buat untuk kelas kita..saya tajuk capacitance and capacitor, awak aldehyde kot..saya mula pergi ke tempat pebentangan awak dan minta awak terang pasal tajuk awk :p itulah kali pertama saya dapat lihat senyuman dan ketawa awak dari jarak dekat:) awak ada juga tutup muka dan cuba memalingkan muka dari saya kerana tahan ketawa ataw senyum...
heee,habis program tu,kita teruskan pembelajaran dan duduk final exam :)
SETAHUN KEMUDIAN (tamat matrik)
setelah setahun memerhatikan awak, saya memberanikan diri untuk mendekati awak dengan meminta nombor telefon awak melalui chat dkt fb, alhamdulillah awak beri :D
saya mulai menegur awak dengan ucapan 'hye' dan bertanyaan khabar..
mula mngenali hati budi dan ragam awak.hehe..
tepat 1mei2011, saya meluahkan isi hati pada awak..menyatakan apa yang telah saya rasa untuk awak selama ini..
awak senyap,diam membisu..saya risau...saya call, namun tidak dijawab..saya menyangkakan awak tak mahu layan saya lagi.
namun, msg dari awak tiba
"awak ni,jgn la call..malu lah!!"
saya tersenyum, ketawa hati kecil saya...
saya meminta agar awak angkat call saya, dan awak angkat!!!
buat pertama kali dalam hidup saya, saya meluahkan perasaan secara cakap, dengan rasa malu,segan dan menggeletar, saya berterus terang dan jujur pada awak...
dan ayat yang paling saya takkan boleh lupa keluar dari mulut awak
"gentleman nyeee!!!!" :p
saya tersenyum malu, dan terus berkata memberi awak masa untuk berfikir..
masa berlalu, dan satu hari tu jawapan diberi...awak mengatakan YA :) Ya Allah,bersyukurnya saya!!!!!!! :)
hubungan yang penuh dengan warna warni pahit manis tertulis :)
betapa banyak cabaran dan dugaan,namun kita berjaya harungi bersama..
awak begitu memahami saya..sangat2 memahami..
semasa saya accident orang langgar kereta mak ayah saya,saya sangat down,sedih dan jujur saya menangis...hanya awak yang tahu kenapa saya menangis.air mata saya jatuh...
dan awak ada di sisi saya, awak tenangkan saya..betapa banyak awak membantu saya..awak tenangkan saya dan pujuk saya...betapa sifat keibuan awak menonjol :)
bukan tu sahaja, even awak menerima saya seadanya..
saya bukan lah seorang yang popular, menonjol, ataupun hensem...saya hanyalah lelaki biasa.betapa awak ikhlas dan menerima saya..dan paling saya suka adalah awak kata,
"awak teddy bear saya!!" hahahahah..itu adalah saat paling kelakar dan segan taw! merah tau pipi saya!!!hehehe..
awak,
awak begitu memahami saya :)
awak,
awak mampu buat saya senyum :)
awak,
awak boleh buat saya menangis :)
awak,
awak tiada penggantinya :)
awak,
terima kasih awak :)
takkan mungkin saya dapat balas jasa awak pada saya, betapa awak banyak mengukir senyuman dibibir saya, betapa dalam kenangan bersama yang telah terpahat pada hati saya..
awak melengkapi saya :)
kalau tuhan menjadikan saya kurang satu tulang rusuk kerana satu lagi adalah pada perempuan lain, awaklah orang nya..awaklah perempuan tu...
betapa awak mengikuti ciri2 dalam hati saya...
bertudung, islam, baik, penyayang, setia, jujur, ikhlas, ambil berat, nakal:P, dan banyak lagi awak,takkan mampu saya menyatakan segala apa yang tuhan berikan pada awak yang baik dimata saya..
Ya Allah, peliharalah dirinya dari segala apa yang tidak baik, jauhkanah dirinya dari segala bala dan malapetaka, permudahkan lah urusannya diatas duniamu ini Ya Allah, murahkanlah rezekinya Ya Allah, terangilah hatinya bagi senang untuknya menuntut ilmu2 mu Ya Allah dalam memperjuangkan cita2nya, Ya Allah AlRahman,AlRahim,AlAlim,AlHakim, panjangkanlah umurnya dan peliharalah dirinya dan keluarganya..
SELAMAT HARI LAHIR AWAK :)
saya mungkin tidak sempurna, tetapi menjadi yang terbaik untuk awak adalah salah satu cita-cita saya..
( ^_^ )

0 comments:

Post a Comment